468x60 Ads



34 Ciri Pelajar Cemerlang













1. Optimistik 
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk bolehmenempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikansemangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistikPelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu.
3. Kesadaran Memikul Tanggung Jawab  
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal 
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
 
6.  Sentiasa  bersedia 
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
 
7.  Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Coba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas  makan  tetapi  tiad a air. Tidak kah anda  rasa  'bengang'?
 
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan olehpihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorangyang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
 
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
 
10. Hormati guru
 Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guruadalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yangmemberikan kita ilmu.
 
11. Bersoal jawab dengan guru 
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernamaSocrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal- jawab'.
 
12. Beri pandangan membina 
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
13. Berbncang dengan rakan 
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang  diberi 
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka.
 
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
 
16.  Sering masuk perpustakaan 
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaahpelajaran.
 
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
 
18. Menonton rangcangan yang sesuai 
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan beritasemasa.
 
19. Lakukan peperiksaan kendiri
 Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahutentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
 
20. Sediakan jadual waktu
 Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai danefektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
 
21. Sertai ceramah motivasi
 Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
 
22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.
 
23. Beli buku rujukan 
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingatpepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahamikualiti sesuatu buku rujukan.
 
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
 
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk kekandang najis... (fikirlah sendiri)
26.  Sertai  kokurikulum  sekolah
 Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.

27. Sanggup manghadapi cabaran 
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yanghebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-geraiyang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agamamasing-masing.

33. Doa 
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongandaripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

34. Tawakal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikankegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yanglebih cemerlang

0 komentar:

Posting Komentar